Assalamualaikum sahabat semua...
Alhamdulillah.. Kita bersyukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberiNya.
Bertemu lagi kita. Kali ini saya berkongsi pengalaman yang saya lalui pada beberapa hari yang lepas(9 dan 10 Zulhijjah 1434H). Saya meraikan Aidiladha di kampung sahabat serumah iaitu terletak di Batu Gajah,Ipoh.
Sehari sebelum raya Aidiladha saya telah bertolak ke kampung sahabat.
Saya berasa seronok dan bersyukur kerana sahabat saya yang menjemput untuk beraya bersama keluarga dia.
Alhamdulillah, apabila berada di rumah sahabat. Rezeki yang Allah beri terlalu banyak. SubhanAllah..
Sahabay saya ini sukakan kucing sama seperti saya. Jadi, di rumahnya terdapat banyak kucing, antara nama kucing itu ialah JUNIOR dan BUTA. Alhamdulillah seronok bermain bersama kucing itu. Keluarga sahabat pun terlalu baik dan peramah. Lagi-lagi ibu sahabat, setiap lepas solat mesti dia sediakan makanan dan suruh semua makan. Alhamdulillah.
Saya dan sahabat menunaikan solat hari raya Aidiladha di masjid berhampiran. Khatib yang menyampaikan khutbah pada hari itu menyampaikan tentang nikmat Aidiladha. Selepas solat, kami terus ke kampung sahabat untuk melakukan penyembelihan korban. Ada seekor kerbau dan dua ekor lembu. Alhamdulillah. Semua penyembelihan dan majlis tahlil arwah dapat berjalan dengan lancar.
Ada perkara yang menyedihkan pada hari tersebut, semasa aktiviti korban berlaku, nenek sahabat saya begnya diragut. Nenek bagitahu peragut itu lelaki melayu naik motorsikal EX5. Allah.
Masa begini lah orang ambil kesempatan. Nampak akhlak orang islam pada masa kini kurang baik. Banyak yang perlu diperbaiki. Kelalaian kami juga kerana tidak berhati-hati.
Selepas itu, daging korban diagihkan kepada semua orang kampung yang memerukan. Saya harap daging tersebut betul-betul diberikan pada orang yang layak. Pengalaman melapah tidak dapat pada tahun ini. Alhamdulillah sekadar potong daging sahaja.
Banyak juga pengajaran yang saya dapat antaranya :
- Bersyukur nikmat Allah dengan ikut perintahNya dan jauhi laranganNya.
- Setiap perbuatan boleh jadi ibadah jika niat itu kerana Allah.
- Kasih sayang terjalin dalam persahabatan bersama keluarga.
- Sentiasa beradab dalam apa jua perbuatan kita.
Sekadar ini sahaja perkongsian saya bersama sahabat semua. InsyaAllah akan ada lagi perkongsian daripada saya. Bermula minggu hadapan saya sudah mula untuk ambil peperiksaan akhir untuj semester 3 di Politeknik Ungku Omar. Mohon doakan saya dan semua sahabat mendapat keputusan cemerlang dan saya juga akan mendoakan sahabat semua sentiasa menndapat rahmat Allah S.W.T. Terima kasih.
Assalamualaikum..