Thursday, October 17, 2013

Suasana Hari Raya Aidiladha 1434H

Assalamualaikum sahabat semua...
Alhamdulillah.. Kita bersyukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberiNya.
Bertemu lagi kita. Kali ini saya berkongsi pengalaman yang saya lalui pada beberapa hari yang lepas(9 dan 10 Zulhijjah 1434H). Saya meraikan Aidiladha di kampung sahabat serumah iaitu terletak di Batu Gajah,Ipoh.
Sehari sebelum raya Aidiladha saya telah bertolak ke kampung sahabat.
Saya berasa seronok dan bersyukur kerana sahabat saya yang menjemput untuk beraya bersama keluarga dia.

Alhamdulillah, apabila berada di rumah sahabat. Rezeki yang Allah beri terlalu banyak. SubhanAllah..

Sahabay saya ini sukakan kucing sama seperti saya. Jadi, di rumahnya terdapat banyak kucing, antara nama kucing itu ialah JUNIOR dan BUTA. Alhamdulillah seronok bermain bersama kucing itu. Keluarga sahabat pun terlalu baik dan peramah. Lagi-lagi ibu sahabat, setiap lepas solat mesti dia sediakan makanan dan suruh semua makan. Alhamdulillah.

Saya dan sahabat menunaikan solat hari raya Aidiladha di masjid berhampiran. Khatib yang menyampaikan khutbah pada hari itu menyampaikan tentang nikmat Aidiladha. Selepas solat, kami terus ke kampung sahabat untuk melakukan penyembelihan korban. Ada seekor kerbau dan dua ekor lembu. Alhamdulillah. Semua penyembelihan dan majlis tahlil arwah dapat berjalan dengan lancar.
Ada perkara yang menyedihkan pada hari tersebut, semasa aktiviti korban berlaku, nenek sahabat saya begnya diragut. Nenek bagitahu peragut itu lelaki melayu naik motorsikal EX5. Allah.
Masa begini lah orang ambil kesempatan. Nampak akhlak orang islam pada masa kini kurang baik. Banyak yang perlu diperbaiki. Kelalaian kami juga kerana tidak berhati-hati.

Selepas itu, daging korban diagihkan kepada semua orang kampung yang memerukan. Saya harap daging tersebut betul-betul diberikan pada orang yang layak. Pengalaman melapah tidak dapat pada tahun ini. Alhamdulillah sekadar potong daging sahaja.

Banyak juga pengajaran yang saya dapat antaranya :
- Bersyukur nikmat Allah dengan ikut perintahNya dan jauhi laranganNya.
- Setiap perbuatan boleh jadi ibadah jika niat itu kerana Allah.
- Kasih sayang terjalin dalam persahabatan bersama keluarga.
- Sentiasa beradab dalam apa jua perbuatan kita.

Sekadar ini sahaja perkongsian saya bersama sahabat semua. InsyaAllah akan ada lagi perkongsian daripada saya. Bermula minggu hadapan saya sudah mula untuk ambil peperiksaan akhir untuj semester 3 di Politeknik Ungku Omar. Mohon doakan saya dan semua sahabat mendapat keputusan cemerlang dan saya juga akan mendoakan sahabat semua sentiasa menndapat rahmat Allah S.W.T. Terima kasih.

Assalamualaikum..

Thursday, September 26, 2013

Kembali semula....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... hari ini Allah beri kan petunjuk pada saya... Berikan kehidupan... saya kembali untuk menulis di sini... saya ini masih belajar untuk menulis di blog... tidak mengapa... itu semua dalam proses..

Sahabat sekalian..
Hari ini ingin berkongsi setelah apa yg saya dapat dalam program bicara santai bersama Imam Muda Megat, Imam Muda Naim dan Ustazah Farhana... Program ini adalah pelangi bagi saya... ya.. sahabat saya pun turut serta dalam program in... Alhamdulillah bersyukur sangat kerana Allah kurniakan pelangi dalam kehidupan ini..

Tajuk yang di bicarakan ialah Sebenarnya Saya Kekasih Dia.. ya..Memang menarik...

Antara perkongsiannya ialah..
- Di akhirat kelak ada satu golongan di dalam syurga... golongan itu ialah remaja yang berjaya menyelamatkan dirinya daripada ZINA...

-Perkongsian Surah An-Nur ayat 30 dan 31... dalam al-Quran... menyatakan lelaki dan wanita perlumenjaga pandangan mereka...

-Adab IKHTILAT dalam pergaulan antara lelaki dan wanita...
 1- Berkomunikasi JANGAN sampai lelaki sehingga naik syahwat melihat wanita...
 2- JANGAN gunakan kata kesat dan lucah ketika berkomunikasi.
 3- JANGAN sengaja suka-suka memukul-mukul atau bersentuhan lelaki dan wanita..

 - Untuk berCINTA ada batasnya.. antaranya
  1- Ber SMS tidak melebihi batas..
  2- Tidak mengabaikan solat dan tuntutan fardhu..
  3- Tidak mengabaikan pelajaran..
  4- Tidak mengabaikan ibu bapa..


Ya.. Itulah antara yang saya dapat... dan kita boleh jadikan pengajaran dan tingkatkan diri untuk menuntut ilmu agar kita sentiasa mendapat redha Allah... Bersama kita Tingkatkan keimanan dan keCintaan kita kepada Allah... 

Cinta yang hakiki itu... Cinta kepada DIA(ALLAH)..!! Bersama kita istiqamah dalam mencari CINTA yang hakiki... 

InsyaAllah sampai masa saya akan menulis lagi... T,kasih kepada semua...

Assalamualaikum....

Monday, January 28, 2013

MARI BELI!!!

Salam... Saya menjual portal pendidikan utk adik2 atau anak2 yang bersekolah darjah 1-6 & Ting. 1 - 5... Di portal ini adik2 atau anak2 boleh mendapatkan latihan dan pembelajaran tambahan mengikut darjah & tingkatan masing2 berserta semua subjek mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia... Bagi adik2 atau anak2 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM..di portal ini adik boleh mendapatkan set soalan peperiksaan sebenar pada tahun 1993 hingga yang terkini.. Sukatan latihan dan pembelajaran 100% mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia... dan banyak lagi kelebihan yang boleh didapatkan melalui score A... Utk percubaan boleh layari laman webhttp://www.scorea.com/... Kemudian (Klik pada Online Demo) selepas itu masukkan (yusuf94) pada distributor ID.... Jika berminat membeli boleh hubungi saya di Facebook atau 0177387520...

Thursday, June 14, 2012

KFC FLAMING CRUNCH LAUNCHED!!

Assalamualaikum...  sini.. Yusuf na bgtau kpd sume aym kfc baru telah di jual... Rse yg pedas dan enak... Wow... Semua boleh dapatkn di seluruh kfc di malaysia..(tapi sarawak dan sabah tidak pasti lagi..)



Sunday, June 10, 2012

Assalamualaikum...

Name yg d takdirkn mohd yusuf(singktan je)... tgh proses mngupdate blog...